Tugasan Semasa
By SST on Oct 10, 2008 | In EMiS / SMPP | Send feedback »
Sudah agak lama tak mengemaskini Log Tugas ini. Rumusan tugasan yang baru disempurnakan dan sedang juga akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
Telah disempurnakan:
1. Kemaskini EMiS untuk 1 Oktober 2008.
2. Bantuan Teknikal untuk Panitia Bahasa Inggeris.
3. Bantuan teknikal untuk guru-guru (Laptop)
Sedang dijalankan:
1. Pemurnian Portal Rasmi Sekolah.
2. Pemurnian Portal Rasmi PPD Kulai.
3. Pemurnian Portal Rasmi Majlis Guru Bimbingan.
4. Pengurusan Makmal Komputer (Alarm dan CCTV)
Akan dilaksanakan:
1. Lawatan ke Kluang Panitia Bahasa Inggeris (11 Okt 2008)
2. Mesyuarat Laman Web Kajian Tindakan Negeri Johor (13 Okt 2008)
3. Ceramah di Kursus Ketua Bidang SMK daerah Kulai (20-22 Okt 2008)
4. Analisis Pemantauan Pelaksanaan PPSMI.
Itu sahaja setakat ini.
Nota: Atas permintaan ramai, saya akan mewujudkan satu Portal Penggunaan Joomla tidak lama lagi. Tunggukan kemunculannya!
Aidilfitri 1429 Hijriah
By SST on Oct 5, 2008 | In Artikel | Send feedback »
Saya ingin memohon maaf sekiranya ada SMS yang tak terbalas sempena aidilfitri tempohari. Bukan disengajakan tapi bila bertalu-talu SMS diterima, sampaikan tak dapt dikesan yang mana dah di balas atau belum.
Walaubagaimanpun, kepada semua yang menghantar SMS, saya ucapkan terima kasih dan Salam Maaf Aidilfitri dari saya dan keluarga.
Sedikit foto untuk tatapan semasa 1 Syawal tempohari.








CERPEN: Aku tetap Merinduimu
By SST on Sep 25, 2008 | In Artikel | Send feedback »
Sebuah Cerpen yang dah lama, tapi baru terbaca semula.
Amat Mengesankan..... Kredit untuk penulis asalnya... tak tahu siapa..
Dila memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. .
dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam
ini.2.00 pagi. "Dila, Dila bangun sayang". Danial mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Dila tertidur, abang nak makan?" tanya Dila.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan
yang cukup mengecewakan Dila.
"Arrggh rindunya Dila pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Dila masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Dila dalam hati.
"Abang naiklah dulu Dila nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta
Dila
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya. Dila ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas
perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan
situasi itu. Dila menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya
masuk
bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi
terguris
hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
EMIS/SMPP
By Tamu Dari Gunung on Sep 22, 2008 | In Artikel | Send feedback »
Apa itu EMIS/SMPP?
Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan atau lebih dikenali sebagai EMIS telah digunapakai sejak akhir tahun 90an hingga ke hari ini. Ia telah melalui pelbagai fasa dan versi dan yang terkini berdiri di atas Versi 4.1.
Bermula dengan Sistem Maklumat Staf (masih digunapakai di peringkat JPN), evolusi Emis telah menjangkau dari maklumat staf hingga ke semua maklumat dalam pengurusan sekolah kecuali kewangan.
Diletakkan dibawah jagaan Guru Data, Emis kini telah bertambah meluas penggunaannya. Sistem pertukaran Guru antara negeri (e-gtukar) KPM antara yang menggunakan data EMIS yang diperolehi dari sekolah-sekolah. Begitu juga dengan pelbagai perkhidmatan online KPM yang menggunakan data dari EMIS sebagai dasar/asas data induknya.
Secara amnya, EMIS meliputi 3 komponen asas:
1. Maklumat Sekolah: Kemudahan, Prasarana, Bilangan bilik darjah, Peralatan dan bekalan dll.
2. Maklumat peribadi Guru dan kakitangan sekolah: Data peribadi termasuk sejarah perkhidmatan, opsyen dan subjek di ajar, gred dsb.
3. Maklumat enrolmen sesebuah sekolah: Bilangan pelajar, ikut kaum, ikut jantina, ikut agama dsb.
Proses Pengumpulan Data.
1. Pada awalnya data perlu dikemaskini setiap awal bulan dan dikumpulkan ke PPD untuk gabungan peringkat daerah, negeri kemudiannya kebangsaan.
2. Kini data hanya dikumpul 4,5 kali setahun mengikut jadual yang ditetapkan dan juga mengikut keperluan semasa.
3. Proses umum pengumpulan data adalah dengan menghantar data yang dimampat (zip)dan dihantar kepada Pegawai maklumat PPD masing-masing. Masih lagi menggunakan disket namun kebanyakan guru data sudah beralih ke medium flashdrive.
4. Kemudahan online dimana guru data boleh menghantar kepada PPD juga pernah dan ada disediakan, namun keberkesanan dan ketepatan data tidak dapat diperolehi kerana tiada interaksi fizikal sekira berlaku sebarang ralat dalam data tersebut.
Pihak PPD lebih mengutamakan kesahihan data dan oleh sebab itulah maka bengkel dan mesyuarat diadakan untuk proses pengumpulan data di mana jika berlaku ralat pada data mana-mana sekolah, ianya dapat diperbaiki dan diperbetulkan pada masa itu juga.
Permasalahan.
1. Bermula awal tahun 2008, satu surat pekeliling telah dikeluarkan di mana Guru data dikehendaki menjaga EMIS sepenuhnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran dihadkan kepada maksima 12 waktu seminggu. Namun ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas beberapa sebab. Antaranya adalah hingga ke saat ini, Lantikan rasmi dari JPN masih belum diterima dan ini digunakan sebagai alasan oleh pihak sekolah untuk tidak mengiktiraf lantikan guru data tersebut. Jadi, hingga ke saat ini, masih ada lagi Guru data yang mengajar dengan waktu penuh (25-35 waktu seminggu.)
2. Dengan penuhnya masa untuk PnP, maka tumpuan Guru data dalam melaksanakan tugasannya akan sedikit sebanyak terganggu.
3. Sikap Guru data itu sendiri. Walaupun beliau diberikan jadual waktu yang sedikit, masalah kesahan data tidak akan selesai jika Guru Data itu sendiri tidak arif malah yang lebih merisaukan ialah beliau sendiri mengambil mudah pengisian data berkenaan. (Bukan semua).
4. Sejak Jawatan Guru data diperkenalkan, terlalu banyak perisian lain yang terpaksa ditanggung oleh Guru data. Cth: Ada sekolah yang masih lagi mengarahkan Guru Data mengawal Sistem Maklumat Murid. Dan hingga ke saat ini, Guru data (khususnya daerah Kulai) perlu melaksanakan beberapa tugasan lain, contohnya:
a. EMIS
b. Pendaftaran PTK
c. e-Kehadiran (data perlu dihantar secara online setiap hari)
d. ADaPP (sistem pemantauan dan pergerakan Guru)
e. dBLAT (Sistem pemantaun awal dan akhir tahun sekolah)
f. Zoom-A
g. selain tugas rasmi lain.
Disamping itu, ada sekolah yang meletakkan beberapa tanggungjawab tambahan kepada Guru Data itu sendiri. Antara jawatan yang sering diberikan:
a. Penyelaras Makmal Komputer
b. Penyelaras Bestari
c. Penyelaras Alatan PPSMI
d. Penyelaras Pusat Akses
e. Pengendali Laman Web Sekolah
5. Kerjasama dari Guru dan kakitangan sekolah itu sendiri. Biasanya melibatkan data peribadi dan enrolmen kelas masing-masing. Sering terdengar rungutan guru data apabila verifikasi dijalankan dan ralat ditemui ialah Guru Data hanya mengumpulkan maklumat yang diteriima dari guru/kakitangan itu sendiri. Jika maklumat itu tidak tepat, kenapa Guru Data yang sering dipersalahkan? Guru Data tidak mempunyai kuasa untuk memaksa guru/kakitangan memberi maklumat apatah lagi dalam keadaan belum dilantik hingga ke saat ini.
Namun, pada pendapat saya, jika seseorang Guru Data itu komited dalam menjalankan tugasnya, semua permasalahan ini boleh di atasi. Tetapi perlu diingat bahawa pihak pengurusan sekolah juga perlu memainkan peranan dalam membantu Guru Datanya melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Pihak PPD malahan JPN juga perlu memberikan taklimat kepada semua warga pendidikan akan kepentingan data yang tepat. Ini adalah agar Guru data tidak menjadi mangsa teguran bila ada data yang pincang sedangkan data itu sendiri datangnya dari sumber lain.
Saya akan cuba menjelaskan dengan panjang lebar lagi berkenaan EMIS ini dalam post yang akan datang.
P/S: Teringat satu ketika dulu bila Guru-Guru data dimarahi oleh seorang Pegawai Kanan akibat data yang kurang tepat.
Katanya, "Apa yang guru data buat di sekolah? Makan gaji Buta? Cukup bulan cucuk dinding ambil duit...?"
Sedangkan ketika itu, kami hanya memasukkan data yang diberi oleh Guru Kelas..... Jika biru data nya, maka birulah yang kami taip. Cuba anda bayangkan jika maklumat pelajar seramai 1800 orang perlu disemak satu-persatu oleh seorang Guru Data????
Open Source Matters!
By SST on Aug 27, 2008 | In Artikel | Send feedback »
Kebelakangan ini, saya sering ditanyakan berkenaan bayaran yang saya kenakan untuk bantuan yang saya berikan untuk pengendalian dan latihan berkenaan ICT dan Laman Web khususnya untuk bidang pendidikan. Bagi bidang Bukan dalam Organisasi Pendidikan, that's a different story.
Jawapan yang saya berikan: Bergantung kepada anda. Iaitu, jika organisasi anda berkemampuan dan berpendapat ianya menjadi kewajipan untuk memberi saguhati, saya tak akan menolak. Tetapi jika sebaliknya, saya tak akan merungut.
Perkara ini pernah menjadi igauan dalam kerjaya saya tetapi selepas saya berkecimpung dalam komuniti Open Source, saya dapati ianya adalah amat remeh dan tak perlu difikirkan terlalu dalam.
Open Source (Sumber Terbuka) adalah satu komuniti yang menghasil dan mengedarkan perisian dan bantuan teknikal secara percuma. Antara hasil paling popular yang sering kita dengar adalah Linux, Unix, Mozilla (dengan Firefox, Thunderbird dll), Google, Yahoo, Zoho, Joomla, Mambo dan jutaan lagi perisian percuma yang boleh kita dapati dengan mudah. Semua perisian ini diberikan secara PERCUMA dan disertakan dengan Panduan dan Bantuan Teknikal yang juga PERCUMA. Sesiapa sahaja di dalam dunia ini boleh memuaturun dan menggunakannya malah boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian masing-masing.
Namun, perlu diingat, bahwa walaupun ianya perisian PERCUMA, ia tetap tertakluk di bawah perlesenan GNU atau General Public License atau seumpamanya. Ini membawa maksud, anda boleh mengguna, mengedar malah mengubah suai sekalipun TETAPI perlu meninggalkan sedikit Credit kepada pencipta asal perisian itu. Anda juga dilarang sama sekali untuk menjual perisian itu apatah lagi mengaku bahawa perisian itu ciptaan anda! Jika anda melanggar perintah ini, anda dianggap telah melanggar perlesenan dan boleh didakwa. Sebenarnya banyak lagi syarat dalam perlesenan GNU ini. Anda boleh 'Google' sendiri.
Di atas dasar inilah, maka saya sendiri tidak mengenakan sebarang bayaran atas khidmat yang dipinta berkenaan sebarang aktiviti yang berdasarkan Open Source ini. Ini adalah kerana, segala sumber yang saya gunakan untuk tujuan tersebut datang dari Open Source dan saya hanya menjadi Medium Penyampainya sahaja. Bergantunglah kepada organisasi itu untuk menilai sendiri samada wajar atau tidak disediakan saguhati.
Namun, adakalanya saya merasa sedikit kecewa apabila ada pihak yang mengenakan caj yang tak masuk akal untuk perisian Open Source ini. Sedikit contoh: Sebuah Syarikat menyediakan perkhidmatan Pembangunan Laman Web mengenakan bayaran sehingga RM800 untuk langganan setahun. Langganan paling murah ketika ini hanyalah RM100 untuk setahun. Malah ada yang lebih murah lagi. Kemudian syarikat itu memasang Joomla! dan menggunakan Template Percuma, buat sedikit pengubahsuaian dan kemudian menjualnya kepada pelanggan! Saya faham, perniagaan perlukan keuntungan, tetapi kenapa hanya menggunakan Joomla! yang PERCUMA, caj perkhidmatannya menjangkau RM700?
Mana-mana individu boleh memuaturun dan memasang Joomla! dengan Bantuan Langkah-Demi-Langkah secara percuma dari laman web Joomla! Alangkah baiknya, jika individu itu menggunakan RM700 yang dibayar itu untuk menghadiri kursus Rasmi penggunaan Joomla! yang adakalanya dibuat juga secara PERCUMA. Kemudian, lakukan sendiri. Anda jimat wang dan yang penting, anda akan meperolehi ILMU yang lebih besar dari wang.
Saya memegang prinsip, "Semakin banyak ilmu yang kita kongsi dengan orang lain, maka semakin banyak juga ilmu yang kita akan perolehi." Bukan menidakkan kuasa wang, namun ILMU itu tidak ternilai harganya. "Biarlah kita miskin harta tapi kaya dengan ilmu", pepatah pernah mengatakan. Ada benarnya.
Sebelum ini, saya tak tahu apa-apa berkenaan dunia ICT ini. Tetapi dengan penglibatan saya sebagai Jurulatih sejak tahun 2000 hingga kini, berbagai ilmu yang saya perolehi. Kalau dahulu saya tak tahu langsung berkenaan dunia Web, sekarang Alhamdulillah, saya telah duduk sama rendah dengan pakar-pakar yang terlebih dahulu dari saya. Untuk berdiri sama tinggi dengan mereka, itu jauh lagi. Malah, ada rakan-rakan yang terlebih dahulu melangkah ke arena ini bagaikan ketinggalan. Ada yang telah mula berniaga komputer ketika saya baru nak mengenal keyboard, ada yang telah menggunakan Mac OSX ketika saya baru nak mengenal Windows. Dimana mereka kini? Bagaimana saya melakukannya? Saya tak kejarkan wangnya, saya kejarkan ilmunya.
Buat penutup, maafkan saya jika ada di kalangan anda yang menjalankan perniagaan seperti ini terasa dengan artikel ini. Bukan niat saya untuk menabur nasi ke dalam periuk kalian, cuma menceritakan yang benar sahaja dari perspektif saya sendiri.
Salam Kemerdekaan.
3 Tahap Syaitan Menelanjangi Wanita
By SST on Aug 19, 2008 | In Artikel | Send feedback »

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Tugasan Sepanjang Cuti
By SST on Aug 22, 2008 | In Umum
Cuti Pertengahan Penggal kedua telah bermula. Dari 16 hingga 24 Ogos ini semua pelajar dan guru berada dalam zon rehat. Namun bagi pelajar tahun Enam, Kelas Tambahan untuk mereka berjalan pada 16 dan 17 Ogos.
Saya sendiri terlibat sebagai Pengawas PTK di SMK Bandar Putra.
1. Taklimat Pengawas: 18 Ogos 2008, 2 petang di SMK Bandar Putra.
2. PTK: 19, 20 dan 21 Ogos. Bertugas di SMK Bandar Putra.
Bagi semua guru yang akan mengambil PTK, diucapkan Selamat Berjaya.































